BIODATA TOKOH- TUN DAIM ZAINUDDIN
Abdul
Daim bin Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Tun Daim Zainuddin seorang anak
kelahiran Derga , Alor Setar , Kedah Darul Aman . Dilahirkan pada tanggal 11
November 1938 . Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang
Perak dan seterusnya menyambung pelajaran sekolah menengah di Kolej Sultan
Abdul Hamid pada tahun 1949 hingga tahun 1953 . Seterusnya ,Tun Daim Zainuddin
menyambung pengajiannya di Saint Xavier’s Institution , Pulau Pinang dan
lulus ‘Cambridge School Examination’
pada tahun 1955 . Kerjaya beliau bermula sebagai guru sandaran di Kolej Sultan
Abdul Hamid sehingga tahun 1957 . Pada tahun 1959 , beliau lulus dalam Peperiksaan
Peguam dalam jurusan undang-undang di Lincoln’s Inn , London hanya dalam masa
18 bulan sahaja . Tun Daim Zainuddin
meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di University of Barkeley California
pada tahun 1977-1979 di dalam bidang Perancangan Bandar dengan berbekalkan
kelulusan yang ada . Beliau pernah menjawat jawatan Majistret di Johor dan
Timbalan Pendakwa Raya di Perak . Pada tahun 1966 , beliau membuka firma
guamannya bersama Allen & Gledhill . Beberapa tahun kemudian , Daim ,
Gamani & Co ditubuhkan iaitu firma guamannya sendiri . Penglibatan beliau
dalam industri perbankan bermula di Malaysia , iaitu sekitar awal tahun 1980 an
. Pada tahun 1982 , beliau menguasai Malaysia_French Bank yang di beli dari
kerajaan Perancis . Tun juga merupakan Pengerusi Paremba Bhd , Unit Perbadanan
Pembangunan Banadar antara tahun 1979 dan 1984 . Tun Daim Zainuddin dilantik
sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 setelah Perdana Menteri menawarkan
jawatan itu kepadanya dan bermulalah era kegemilangan beliau sebagai pengurus
dan pentadbir wang negara . Pelantikan
beliau dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Setelah 6 tahun memegang jawatan Menteri Kewangan dan merasakan ekonomi
Malaysia benar-benar teguh dan mantap, beliau meletakkan jawatannya pada 15 Mac
1991. Tetapi rehat beliau tidak lama. Beliau dilantik semula sebagai Menteri
Kewangan Pertama selepas Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dipecat daripada kabinet. Beliau turut mempelopori pemaju hartanah , Bukit
Maluri dan Tanah Maluri . Beliau juga turut memiliki jumlah saham yang besar
dalam United Malayan Banking Corporation (UCMB) dan Malaysian French Bank .
Beliau juga pernah menyandang jawatan pengerusi Fleet Holding Sdn . Bhd iaitu
sebuah kumpulan media utama dan Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (TV3). Tun
Daim Zainuddin menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) sebuah bank
yang berjaya di Tanzania, benua Afrika. Bank ini mempunyai 59 cawangan di
Indonesia, 23 cawangan di Afrika dan 9 buah di Eropah Timur. ICB kini memiliki
dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan
Eropah Timur. Tun Daim Zainuddin kini memiliki 151 844 000 unit saham dalam ICB
yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif
(AIM) Bursa Saham London yang kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh
dunia. ICB menerima anugerah “Bank Terbaik 2006” daripada The Banker di London
pada 2006.
PENGLIBATAN TUN DALAM USAHAWAN
Ketika
Tun Daim Zainuddin menjadi graduan, beliau berazam untuk menjadi jutawan ketika
berusia 35 tahun. Jadi bagi merealisasikan impian atau cita-citanya itu, beliau
berusaha dalam dunia perniagaan yang boleh dikatakan majoritinya dikuasai oleh
kaum Cina. Akhirnya, segala usaha beliau berbaloi apabila beliau berjaya
menjadi jutawan pada usia 34 tahun. Projek yang membawa kepada kejayaan beliau
adalah Projek Perumahan Taman Maluri di Cheras.
Antara rahsia kejayaan Tun Daim Zainuddin
adalah “usaha mesti selari dengan impian”. Ramai usahawan mempunyai impian yang
tinggi tetapi tidak berusaha bagi merealisasikan impian tersebut. Ini yang
menyebabkan ramai usahawan cenderung untuk gagal atau kejayaan yang diraih
hanya sementara sahaja.
Tun
Daim Zainuddin melihat penubuhan International ommercial Bank (ICB) sebagai
usaha menyambut cabaran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menjayakan idea
Kerjasama Selatan-Selatan yang dipelopori Tun Dr. Mahathir semasa beliau
menjadi Perdana Menteri dahulu. Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai ahli perniagaan dan mengetahui
sedikit sebanyak selok-belok bidang perbankan, jadi Tun Daim Zainuddin
mengambil keputusan untuk menubuhkan rangkaian bank di Eropah Timur dan Afrika
bermula tahun 1993 iaitu selepas beliau bersara dari jawatan Menteri Kewangan.
Tentang
bagaimana Tun Daim Zainuddin menjalankan perniagaannya ialah beliau hanya
memilih atau mengambil pekerja yang mahir dalam bidang yang dikehendaki. Beliau
akan memberikan garis panduan tentang apa-apa yang beliau mahu laksanakan dan
beliau akan mengawasi prestasi mereka dari semasa ke semasa. Jika mereka
menunjukan prestasi yang baik, mereka akan diberi penghargaan. Begitulah cara
Tun Daim Zainuddin memupuk para pekerjanya agar mereka mementingkan kesetiaan,
kerja keras, amanah dan efisyen.
Harapan
Tun Daim Zainuddin adalah untuk melihat ICB menjadi sebuah bank yang berjaya
dan dapat bersaing dengan kumpulan bank antarabangsa yang ternama. Pada Mei
2007, ICB berjaya menyenaraikan sahamnya di Bursa Saham London. Ini adalah
salah satu kejayaan yang membanggakan dan ini juga membuktikan bahawa ICB telah
mencapai tahap sehingga kumpulan ini diterima oleh pelabur antarabangsa sebagai
syarikat yang berjaya dan setaraf dengan kumpulan bank antarabangsa yang lebih
awal dibina.
Walaupun
sebelum ini begitu banyak cabaran yang perlu Tun Daim Zainuddin hadapi ketika
ingin membangunkan sesebuah bank lebih-lebih lagi di negara yang berlainan adat
resam, budaya, bahasa, taraf pendidikan dan kemahiran kerja, tetapi beliau
tetap berusaha bagi membuktikan bahawa anak Malaysia boleh bersaing dan berjaya
dalam menjalankan perniagaan di luar negara.
![]() |

